Dilema Pelanggan Kecewa III

Hari aku bukak paper, sekali aku tertarik dengan satu lagi ruangan forum susulan dari episod Dilema Pelanggan Kecewa dan Dilema Pelanggan Kecewa II. Maka terimalah Dillema Pelanggan Kecewa III, dibawakan khas oleh Forum Utusan Malaysia

Lagi pelanggan kecewa perkhidmatan TMNet Streamyx

Saudara Pengarang,(1)
SAYA ingin merujuk kepada surat balas dari Rosli Abas, System Engineer dari Subang Jaya yang cuba memperbetulkan kesalahan maksud yang telah digunakan oleh Pelanggan Kecewa dari Gombak.

Saya rasa hal-hal yang berkenaan tidak perlulah dipanjangkan lagi kerana bukan itu maksud sebenar yang diluahkan oleh Pelanggan Kecewa.

Apa yang diharapkannya adalah perkhidmatan yang ditawarkan mestilah menepati dan memenuhi syarat-syarat yang telah dijelaskan.
(2)
Untuk makluman, pakej TMNet Streamyx bagi RM99 akan dibekalkan dengan satu set modem ADSL dan kelajuan pengaksesan sehingga 1 Mbps.

Saya adalah pelanggan TMNet Streamyx dengan pakej RM88 dan layak mendapat satu set modem ADSL secara percuma yang ketika itu sedang dalam promosi.

Apa yang saya kesalkan adalah saya telah mendaftar pada 8 April 2005 dan hanya boleh membuat sambungan Internet pada 4 Mei 2005 tetapi akaun saya telah diaktifkan secara automatik pada 19 April 2005.

Saya teramat kecewa dengan perkhidmatan yang diberikan terutama pada Jabatan Perkhidmatan Pelanggan TMNet kerana lewat untuk menyelesaikan masalah saya.
(3)
Saya juga menerima nasib yang sama seperti Pelanggan Kecewa kerana ditolak tendang ke sana dan ke mari sehingga saya sendiri sudah memutuskan untuk membatalkan hasrat saya untuk melanggan perkhidmatan ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada Saudara Ismail dari TM kerana akhirnya saya dapat juga mengakses Internet pada 4 Mei 2005 dan beliau mengatakan masalah ini berpunca daripada kecuaian pekerja TM untuk membuat jumpering.

Sesudah itu, saya cuba menguji kelajuan muat turun dan muat naik antara sistem komputer saya dengan pusat TMNet Streamyx.

Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati kelajuan pengaksesan Internet jauh lebih rendah berbanding jika kita menggunakan TMNet dial-up (56 kbps).

Kelajuan capaian internet saya cuma pada kadar 128kbps hingga 150 kbps untuk muat naik dan 30kbps hingga 50 kbps untuk muat turun.
(4)
Ini jauh lebih rendah daripada pakej yang ditawarkan oleh TMNet iaitu pada kelajuan 1000 kbps untuk muat naik dan 512 kbps untuk muat turun.

Adalah releven jika TMNet memberikan alasan pengguna tidak akan mampu untuk mencapai kelajuan seperti itu kerana kita masih lagi menggunakan wayar kuprum berbanding jalur optik untuk prestasi maksimum.
(5)
Saya berharap agar pihak TMNet Streamyx janganlah hanya pandai membuat janji kosong dengan menyediakan kelajuan pengaksesan tinggi sedangkan mustahil untuk pengguna mendapatkannya.

Cadangan saya adalah pihak TMNet Streamyx seharusnya menyediakan rangkaian jalur optik kepada pengguna sekiranya betul-betul mahu menawarkan pengaksesan berkelajuan tinggi.

Jika tidak, jangan mengeluarkan produk-produk sebegini yang hanya boleh didapati di segelintir tempat dan pelanggan seperti kami dibiarkan tertipu dengan iklan-iklan dari pihak TMNet Streamyx. – BUKAN SYSTEM ENGINEER, Shah Alam, Selangor.

Analisis :
1. Kandungan lebih kurang sama dgn post asal
2. Post ini cuba memperbetulkan post Pelanggan Kecewa I (1)
3. Kedua-dua Pelanggan Kecewa I dan III pakai streamyx pekej 1Mbps(2)
4. Nasib Pelanggan Kecewa III lebih baik sebab dia tidak lupa topup prepaidnya(3)
5. Kedua-dua Pelanggan Kecewa I dan III, kecewa dgn kelajuan streamyx(4)
6. Pihak TM membuat janji kosong kepada Pelanggan I dan III, isk2 (1)
7. Streamyx kat Shah Alam pun bermasalah?

Anda digalakkan membaca siri sebelumnya iaitu Dilema Pelanggan Kecewa dan Dilema Pelanggan Kecewa II di blog ini untuk lebih memahami triologi ini.

p/s : Cerita diatas bukanlah cerita rekaan semata-mata, ia adalah kisah benar-benar berlaku dan kebenarannya tertakluk kepada penyiarannya dalam ruangan Forum Utusan Malaysia. Sila komplen ke ruangan Forum Utusan sekiranya anda mendapati cerita ini tidak benar dan mempunyai unsur-unsur pembohongan dan tipu daya.

Email forum utusan : forum@utusan.com.my, email yang mempunyai attachment tidak akan dilayan.

Sejak-sejak peristiwa penjenamaan semula TM Berhad, pihak TM telah mengeluarkan pernyataan seumpama jaminan “anda tidak akan lagi dilayan seperti nombor”. Ironisnya, kes perkhidmatan streamyx yang mengecewakan kebelakangan ini telah mengundang rungutan dan ketidakpuashatian dikalangan pengguna, dan apabila pengguna membuat laporan, suatu siri nombor akan diberikan, dimana pengguna perlu menghafal nombor tersebut untuk memudahkan pihak TM membuat rujukan. Jelaslah sekarang ini, walaupun selepas penjenamaan dan slogan baru, “pelanggan masih lagi dilayan seperti nombor” at least untuk pelangan Streamyx.

Kenapakah pihak TM masih tidak lagi memberikan maklum balas kepada umum? khasnya di Forum Utusan, memandangkan isu ini pertama kali diutarakan di sini?

Mungkinkah triology ini akan bersambung? kita tunggu episod seterusnya….

7 Replies to “Dilema Pelanggan Kecewa III”

  1. Mata saya amat sakit dan tekak saya loya apabila menatap majalah mangga yang rata-rata artis perempuan nya tanpa segan silu dan bangganya menunjukkan ‘MANGGA’ masing-masing untuk menjadi santapan pembeli majalah tersebut.Lagi satu MESTI ada shoot di kolam renang. Ibarat macam dah tak ada benda lain yang nak dipamerkan.Yang peliknya bila artis lelaki contohnya Faizal Tahir yang membuka bajunya sewaktu persembahan semua media kelam kabut mengutuknya dan mengantung karearnya.Renung-renung kanlah….

  2. Saya amat bosan dengan rancangan KUIZ TEKA-TEKI yang bersiaran di TV3. Pengacaranya amat membosankan dan kuat membebel. Tolong hapuskan siaran ini kerana ianya tiada faedah langsung. lebih baik siarkan cerita kartun. Terima Kasih.

  3. HAPUSKAN SIKAP PENTING DIRI DEMI NEGARA DAN
    BANGSA.

    PILIHAN RAYA ke-12 sudahpun berlalu. Senareo politik yang tidak diduga masih menjadi bualan ramai.Saya terkenang kembali masa-masa sebelum pilihan raya pada tahun 1990.Ramai kakitangan kerajaan dan juga orang-orang yang dianggap pemimpin di peringkat kampung dibawa ke Kem Bina Semangat Teluk Burau ,Langkawi.Tujuannya
    ialah supaya orang-orang ini tidak berpihak kepada parti pembangkang. Orang yang bertang
    gungjawab mencetuskan idea tersebut ialah Men
    teri Pendidikan pada ketika itu.
    Rasanya tidak perlulah saya paparkan inti
    pati yang disampaikan oleh penceramah kepada
    pesarta kursus.Melalui ruangan ini,cuma saya
    ingin mencatatkan sebaris seni kata lagu yang
    dinyanyikan oleh peserta-peserta kursus.Antara
    seni katanya berbunyi “Anak kecil main api,ter
    bakar hatinya yang sepi”.
    Selepas 18 tahun berlalu,rupa-rupanya seni
    kata lagu tersebut boleh ditukar yang berbunyi
    begini “Tokoh besar main api, terbakar bangsa
    nya sendiri.
    Kepada tokoh berkenaan, ingin saya ingatkan
    supaya memikirkan nasib masa hadapan bangsa
    sendiri. Rentak politik yang tempang boleh
    menghumban anak bangsa ke lurah yang dalam
    lagi berduri.
    Peristiwa sejarah di masa lampau boleh menga
    jar kita supaya insaf dan berfikir banyak kali
    sebelum bertindak. Contohnya,Pakatan Kerajaan
    Melayu Johor bersama Belanda untuk menumpaskan
    Portugis pada tahun 1641, tidak memihak kepada Johor untuk menguasai Melaka.Setelah bertapak
    kukuh di Melaka,Belanda lebih berminat berbaik dengan Inggeris yang sama-sama berasal dari
    Barat.Tanpa menghormati kedaulatan Johor,Belan
    da dan Inggeris membuat satu perjanjian pada
    tahun 1824. Akibatnya Johor sekali lagi berpu
    tih mata kerana kehilangan jajahan Riau Lingga.
    Peristiwa begini perlu menjadi iktibar kepada
    sebilangan tokoh politik kita.Pakatan yang tu
    juannya untuk menjatuhkan pihak lain tidak akan
    bertahan lama. Lebih-lebih lagi,jika idealogi
    nya tidak serupa.
    Janganlah terlalu gairah berkemudi di arus
    politik yang bergelora.Kalau bahtera karam, su
    dah pasti jerung besar yang akan kenyang dan ketawa.
    Nenek moyang kita dulu, ada yang sanggup mem
    banting tulang,malah mempertarung nyawa untuk
    mempertahankan tanah pusaka tercinta .Kenapa pula ada di kalangan tokoh besar kita bersikap penting diri hingga sanggup memecah belahkan anak bangsa.
    Insan Terkilan,
    P.Pinang.

  4. sipa pnh guna streamyx 512 kbp ketara sangat tak dari segi download berbanding 1 mbps

  5. assalamualaikum.saya merupakan seorang pelajar yang menerima biasiswa sekolah.saya mengalami masalah untuk mengeluarkan wang biasiswa sekolah kerana bank hanya dibuka pada hari isnin hingga jumaat.saya bersekolah pada sesi pagi dan pulang pada pukul 2.45 petang.saya hanya berpeluang untuk mengeluarkan wang pada hari jumaat sahaja.oleh itu ramai pelajar yang turut menerima biasiswa akan mengeluarkan wang pada hari tersebut.bank tutup pada pukul 4.30 petang,masa ini tidak cukup utk pelajar-pelajar keluarkan wang.oleh itu saya memohon supaya bank akan dibuka pada hari sabtu khas untuk pelajar dan guru sahaja

Comments are closed.