SSH with PHP 4

Tengah merayau dengan surf internet lepas tu tetiba pulak terjumpa dengan web nie : Introduction to SSH through PHP. Apa yang disampaikan oleh web nie adalah, bagaimana untuk menghasilkan web application yang menggabungkan kefungsian SSH dan PHP4 (PHP 4.3.x)


OpenSSH Logo
PHP Logo

Artikel ini turut juga memberikan contoh-contoh aplikasi yang boleh dibangunkan dengan menggabungkan PHP dan SSH, sedikit aspek-aspek sekuriti (pembaca digalakkan buat homework) dan contoh implementasi script PHP untuk menggunakan SSH.

Di bahagian tengah artikel ini membincangkan cara-cara penyediaan sistem anda termasuk keperluan untuk menggunakan PHP dan SSH. Perbincangan turut meliputi ciri-ciri keselamatan minima SSH termasuk langkah-langkah untuk menghasilkan public-key authentication.

Bahagian akhir artikel ini membincangkan implementasi kelas PHP (PHP Class) untuk memudahkan pengaturcaraan web dilakukan dengan menggunakan SSH. Turut ditegaskan disini, penggunaan PHP Class akan meningkatkan tahap reusability pengaturcaraan web. Contoh yang dibincangkan di bahagian akhir artikel ini, memberikan sebuah skrip PHP mudah untuk mendapatkan proses-proses dalam GNU/Linux untuk dipaparkan di antaramuka web.

Kesimpulannya artikel ini telah sebuah idea inovatif penggunaan SSH dalam pengaturcaraan PHP dan secara tidak langsung membuka pintu untuk menghasilkan aplikasi web yang lebih kreatif pada masa hadapan.

Rujukan :
1. SSH with PHP 4
2. OpenSSH Project
3. PHP: Hypertext Preprocessor

Menukar Linux Boot Logo

Intro :
Pernahkah anda melihat boot screen Linux? Pernahkah anda lihat bagaimana logo penguin (tux) di custom-madekan oleh beberapa distro? Sebagai contoh :

Customized Boot Logo

Tutorial ini akan menunjukkan anda cara-cara untuk membuat Linux bootlogo custom-made khas untuk kegunaan anda dan kroni-kroni anda :p

Perhatian : Hanya untuk kernel 2.6.x sahaja

Artikel ini menganggap anda sudah mahir menggunakan GNU/Linux dan tahu cara untuk mengkompil kernel dan konfigurasi Grub/Lilo. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala malapetaka yang menimpa anda akibat tutorial ini.

Fasa 1 : Edit Logo Anda
1. Cari satu logo
2. Edit logo tersebut
3. Convertkan color, kasik < 224
4. Save sbg “logo_linux_clut224.ppm”
5. copy dlm /usr/src/linux/drivers/video/logo

Fasa 2: Compile Kernel
1. cd /usr/src/linux
2. make menuconfig
3. pilih Drivers->Video->Logo Config
4. pilih Bootup logo,dan semua submenu
5. Compile kernel

Fasa 3: Test boot kernel
1. Configure Grub
2. Reboot
3. Berjaya!

Tak jadi?
Jangan putus asa sekiranya tidak berjaya, sila semak semula langkah-langkah yang diberikan. Kesalahan biasa :

1. Pastikan save dlm format “*.ppm”
2. Color logo mesti kurang <224
3. Mesti boot linux dlm framebuffer mode
4. configure lilo/grub utk boot kernel baru

Links berkaitan :
1. Panduan compile kernel
2. Panduan compile kernel – pdf
3. Configure Grub for new kernel
4. Photo Editing Software yang digunakan
5. Linux Kernel Archives