Hari nie aku nak share pasal os GNU/Linux yang selama nie duk dlm wallet aku – Damn Small Linux.
Damn Small Linux (DSL) adalah distro GNU/Linux yang padat dengan perisian asas untuk pengguna desktop. Saiz DSL yang kecil dengan saiz maksimum 50MiB, membolehkan ia di masukkan kedalam cd bersaiz business card ataupun usb flashdrive.
Di bina menggunakan teknologi KNOPPIX LiveCD, untuk menggunakan DSL, anda tidak perlu melalui proses installation seperti mana distro major yang lain. Apa yang perlu dilakukan adalah mengkonfigurasikan pc untuk boot kepada cdrom/usb drive dan boot kedalam cd/pendrive DSL anda.
Aplikasi-aplikasi DSL telah dipilih mengikut kriteria kefungsian, saiz dan kelajuannya. Selain itu, DSL juga mengandungi perisian server yang membolehkan pc anda ditransfomasikan kepada SSH/FTP/Telnet dan Pelayan Web dalam masa yang singkat.
Diantara aplikasi-aplikasi yang dimasukkan dalam Damn Small Linux adalah
Xpdf – pembaca fail adobe pdf
Xmms – klon Winamp dalam Linux
Xmms – juga sbg vcd player
Firefox – Browser internet
FLWriter – Wordprocesor
Vncviewer – Remote Desktop
xpaint – paintbrush
naim – irc client
Sylpheed – email client
FTP/SSH/SCP client
SMBClient – akses windows share
Siag – Spreadsheet/Excel
xzgv – img viewer (clone ACDSee)
klik sini untuk senarai lengkap perisian DSL
Antara kemudahan lain yang ditawarkan oleh DSL adalah penggunaan control panel “DSLPanel” yang memudahkan pengguna membuat konfigurasi dan pilihan untuk memula/menghentikan dengan sekali click sahaja. Dari sini pengguna dapat mengkonfigurasikan modem, PPPOE (streamyx broadband), wireless, printer, keyboard dan sebagainya.
Penggunaan internet dalam DSL adalah amat mudah sekali kerana DSL secara automatis akan memulakan DHCP client untuk mendapatkan maklumat alamat IP daripada DHCP server bagi membolehkannya disambungkan terus ke rangkaian.
Bagi yang menggunakan dial-up modem ataupun broadband (streamyx), terdapat pilihan pada “DSLpanel” yang membolehkan anda mengkonfigurasikan modem anda, seperti memasukkan id pengguna, katalaluan, dan nombor yang perlu di dialkan.
DSL menyediakan ruangan bantuan “Getting Started” dimana ia akan dipaparkan di skrin selepas sahaja DSL selesai boot. Panduan yang diberikan adalah mudah difahami dan diikuti oleh kebanyakkan pengguna termasuklah pengguna baru.
DSL tidak memerlukan spesfikasi yang tinggi, dan boleh dilarikan dalam spec serendah mesin 486 dan ruangan ingatan 16MB, ruangan hard disk tidak diperlukan.
Bagi aku, aku sentiasa bawak DSL dimana saja (aku letak dlm wallet sekali dgn bisnis card lain) untuk tujuan kecemasan dan sekuriti…
Kesimpulannya, DSL adalah distro linux yang dihasilkan dari kesinambungan teknologi KNOPPIX. Ia sangat mudah dipakai dan bersaiz kecil, dan mengandungi perisian yang padat dan berguna, ia juga boleh dijadikan pelayan web/ftp/ssh adhoc. Saiznya yang kecil membolehkannya dimuatkan dan dibawa didalam business card cd dan usb flash drive.
p/s : personal experience, penah save file-file penting dari 2 laptop & 1 desktop pc pakai DSL. (real-life experience, not a drill).
Rujukan :
Damnsmalllinux website