Netscape Browser 8.0 Released

Multibar

Netscape, browser yang berpengaruh suatu masa dulu dah keluarkan release terbarunya iaitu Netscape 8.0 yang berdasarkan browser Mozilla Firefox 1.0.3. Ini merupakan release Netscape major netscape selepas AOL mengeluarkan release terdahulu Netscape 7.0 yang menggunakan kod berasaskan Mozilla 1.0. Release kali ini menyaksikan perubahan ketara terhadap Netscape dimana buat pertama kalinya ia menggabungkan kefungsian Internet Explorer 6.0 dan Mozilla Firefox dalam satu browser. Hal ini membolehkan pengguna boleh membuat pilihan enjin untuk browse internet disamping mengurangkan masalah keserasian (compatibility problem) ntuk melayari beberapa website.

Multitabs

Antara kefungsian terbaru yang ditawarkan oleh netscape kali ini adalah Live Content yang memaparkan RSS Feed secara terus ke browser anda seperti horizontal ticker. Selain itu, Langkah Netscape yang menggabungkan kefungsian enjin Internet Explorer 6.0 dan Gecko merupakah suatu yang agak mengejutkan. Netscape dipetik sebagai menyatakan tujuan menggabungkan kedua-dua enjin ini dalam browser terbarunya dapat membantu pengguna untuk melayari internet yang selama ini dikuasai oleh kedua-dua enjin browser tersebut. Ini secara tidak langsung membolehkan pengguna dapat melayari semua website tanpa sebarang masalah compatibility yang sering dialami website yang dibina mengikut Mozilla Firefox (atau enjin berasaskan Gecko) ataupun Internet Explorer.

Live Content, Weather

Rujukan

1. Download Netscape 8.0
2. Website Netscape 8.0
3. Portal Netscape.com