Pagi nie, sebelum memulakan hari, aku pun buka la paper, baca ruangan forum. Lalu aku pun terbaca pasal rungutan seorang pelanggan streamyx yang kecewa dgn servis TM Berhad.
Sememangnya sebelum ini terdapat banyak rungutan pelbagai pihak pasal ketidakpuasan hati mengenai perkhidmatan streamyx, yuran naik, servis lambat, asyik2 dc…
Tapi terdapat kelainan sikit terhadap rungutan kali ini… Apa dia?
Jom kita baca rungutannya :
sumber : Ruangan Forum Utusan Malaysia
Kecewa khidmat Internet Streamyx
Saudara Pengarang,
SAYA baru sahaja menggunakan perkhidmatan Internet Streamyx selama seminggu dan saya dapati kelajuan streamyx ini sangatlah perlahan iaitu kelajuan 10.0 Mbps sedangkan saya menggunakan pakej RM99 sebulan yang sepatutnya boleh mencapai kelajuan sebanyak 1 GATE.
Memanglah untuk mencapai kelajuan sebanyak 1 GATE adalah susah, sekurang-kurangnya kelajuan 500.0 Mbps dapat dicapai.(1)
Tetapi kelajuan yang saya dapat hanyalah kelajuan 10.0 Mpbs sedangkan komputer saya menggunakan dua prosesor Xeon yang sangat laju dan memorinya sebanyak 2 GATE.(2)
Jadi saya pun menghubungi Streamyx untuk memberitahu masalah yang saya hadapi.
Respons yang diberikan amatlah mengecewakan. Mereka menyuruh saya menunggu sebentar sambil menghidangkan muzik yang entah apa-apa.
Saya terpaksa menunggu hinggalah duit kad prabayar saya sebanyak RM30 melayang.(3)
Kemudian keesokannya saya cuba menghubungi Streamyx sekali lagi.
Kali ini barulah mereka melayan saya. Saya pun menceritakan masalah saya dan kemudian mengikut arahan yang diberikan tetapi tidak juga dapat meningkatkan kelajuan Internet tersebut.
Saya menghubungi mereka sekali lagi dan menyuruh mereka menghantar orang untuk memeriksa modem saya. Tetapi mereka mengatakan terpaksa membuat report dahulu.
Setelah memberikan report bernombor 3145629 bertarikh 28/4/2005, mereka berjanji dalam masa satu hingga dua jam kemudian, mereka akan menghubungi saya kembali.
Tetapi sampai keesokan harinya mereka masih tidak menghubungi saya dan sehingga ke hari ini, langsung tiada panggilan daripada pihak Streamyx untuk menyelesaikan masalah saya ini. – PELANGGAN KECEWA, Gombak, Selangor.
Interesting notes :
1 – Terdapat unit sukatan baru dalam kelajuan internet (GATE)
2 – Kelajuan ketahap 1 GATE sukar dicapai, rujukan (1)
3 – Tapi sekurang-kurangnya kelajuan 500mbps memadai (1)
4 – bilangan CPU Xeon yang sgt laju boleh efek speed internet (2)
5 – Terdapat mobo bleh support memory samapai 2 GATE (2)
6 – Penulis hanya beli topup henpon RM30 pada hari kejadian (3)
Sekiranya apa yg dikatakan adalah benar maka :
1 – Penulis ini memang pandai menulis, dari segi olahan ayatnya
2 – Penulis berkelulusan tinggi (mungkin lepasan ijazah?)
3 – Unit GATE bleh diapplikasi pada memory mahupun speed internet
4 – Mungkin unit GATE berasal dari Bill Gates?
5 – Technician streamyx taknak pi Gombak, sbb Gombak jauh.
6 – Penulis mungkin custom-made motherboardnya
7 – Penulis dah biasa pakai line internet berhalaju tinggi
8 – Speed 1 GATE adalah halaju biasa bagi penulis
9 – Speed bawah 500Mbps adalah “cikai”
10 – Speed Streamyx Gombak adalah 10Mbps pada RM99/bulan!!!
IMHO, sekiranya aku dpt streamyx 1Mbps pun aku dah puas dah.. skrg nie aku hanya ada speed streamyx 0.5mbps je…
Pada pendapat aku la, Pelanggan Kecewa patut bersyukur kerana dia tinggal di Gombak yang mendapat liputan Streamyx 10Mbps pada kadar RM99/bulan… Pelanggan Kecewa sepatutnya sedar, terdapat orang lain yang lebih daif dari saudara yang hanya mendapat streamyx 0.5Mbps hinggalah 2Mbps…
– wassalam..
p/s: please pass this article around in the email, it will increase IT awareness among us, the internet surfers… :)
Blog ends – ok dah.. tak tahan nak tergelak nie..
atoi… tidakkk.. aku yg dah takder line stemik pon dah terkiciwa skg wakakakak….
hahaha..tak baik ooo kutuk orang yang tak tau :p
oo mcm tu ke?
aku setuju ngan uss99…
kadang kadang pengarang berita harian pun salah type…
Blah la, Gate yg dia cakap tu ialah Gig (as in gigabytes or gigabits). Typo macam tu pun nak kutuk orang ka? Lagi satu, apa kena mengena dia beli topup RM 30?
Quote
MHO, sekiranya aku dpt streamyx 1Mbps pun aku dah puas dah.. skrg nie aku hanya ada speed streamyx 0.5mbps je…
Quote
Ha, ni aku quote kau pulak, streamyx kau hanya 0.5mbps? ?? 0.5 milli bits per second? Sikit nya.. dah puas? Unit pun letak salah, nak kutuk orang. Unit untuk Mega ialah M besar!!!
org sokabar pon bodo..kotyer pun edit laa dulu..malu aihh..unit menda GATE..kalau dalam CMOS semiconductor device ada laa gate..
ketawa sendiri aku baca artikerl ni..ceh..nanti la aku carik sapa ko….wahai pengguna kecewa!!! mu a ha ha ha ha
kohkohkoh