Nampaknya penulisan Pelanggan Kecewa di ruangan Forum Utusan Malaysia dah menjadi topik hangat diperbincangkan di forum-forum online beberapa hari kebelakangan ini, termasuklah beberapa blog.
Hari nie 10 May, ada pulak reply bagi kes
Pelanggan Kecewa sebelum ini.
sumber : Forum Utusan Malaysia
Pengadu kurang mahir tentang Internet
Saudara Pengarang,
SAYA ingin merujuk kepada aduan oleh Pelanggan Kecewa dari Gombak bertajuk Kecewa Khidmat Internet Streamyx yang tersiar di ruangan ini pada Jumaat 06/05/2005.
Banyak kekeliruan dan kesalahan dalam aduan yang ditulis. Oleh itu saya menganggap bahawa Pelanggan Kecewa hanyalah pengguna komputer biasa yang kurang pakar dalam bidang komputer dan rangkaian.
Dalam aduan tersebut, pengadu mengambil pakej RM99 sebulan yang sepatutnya mendapat kelajuan 1 GATE, tetapi hanya mendapat kelajuan 10.0 Mbps.
Kekeliruan pertama adalah tidak ada istilah GATE dalam dunia Internet dan perangkaian komputer.
Oleh itu biarlah saya cuba terangkan situasi sebenar yang dapat saya andaikan.
Saya percaya pengadu melanggan pakej RM99 sebulan iaitu akses Internet tanpa had 1 Mbps (atau bersamaan 1000 Kbps) dan modem ADSL diberikan.
Sebagai perbandingan akses Internet dial-up hanyalah 56 Kbps.
Kelajuan Internet jalur lebar (seperti Streamyx) yang mampu ditawarkan oleh mana-mana teknologi masakini hanyalah setakat 2 Mbps.
Saya berharap pengadu jangan terkeliru dengan kelajuan akses rangkaian setempat seperti di pejabat (LAN) berbanding kelajuan untuk capaian Internet.
Ini adalah kerana capaian rangkaian LAN biasanya 10 Mbps atau 100 Mbps dan hanya sekiranya menggunakan perkakasan terkini mampu mencapai 1000 Mbps atau juga disebut 1 Gbps (Gigabit sesaat).
Saya percaya kelajuan 10.0 Mbps seperti yang dinyatakan pengadu adalah kelajuan antara kad rangkaian komputer dengan model ADSL tersebut sahaja dan bukan capaian ke Internet.
Saya juga menjadi hairan apabila pengadu menyatakan komputernya menggunakan dua processor Xeon dan memori (RAM) sebanyak 2 GB (Gigabyte bukan GATE) kerana kebiasaannya hanya terdapat pada komputer pelayan (Server) yang berharga lebih RM 20,000.
Capaian Internet yang perlahan juga mungkin disebabkan oleh talian telefon jenis kuprum yang telah lama.
Talian ini menghubungkan kediaman pengadu ke pusat Streamyx dan kemudiannya melalui talian fiber optik ke Internet.
Apa sekalipun, saya berharap pihak Telekom Malaysia membantu pengadu menyelesaikan masalah akses rangkaiannya dan pengadu sendiri perlu atasi masalah perkakasan dan perisian komputernya. – ROSLI ABAS, System Engineer, Subang Jaya, Selangor.
hmm ada yang mengatakan Rosli Abas salah apabila beliau mengatakan 1Mbps = 1000Kbps. Tapi mengikut unit SI untuk binary digit http://physics.nist.gov/cuu/Units/binary.html, pernyataan Rosli Abas itu didapati benar.
1Mbps = 1000Kbps
1Mibps = 1024Kibps
Mib = Mega binary bit
Kib = Kilo binary bit
p/s : Link di atas dikeluarkan dan dijadikan rujukan oleh dunia perkomputeran masakini.
salam ceria…
oo op pun ada post pasal ni dan jawapan op sendiri dalam blog. jemputlah baca >>
http://fikirandalamkembara.blogdrive.com/archive/cm-5_cy-2005_m-5_d-13_y-2005_o-1.html