SystemRescueCD – Selamatkan PC dgn Linux !

Favorite distro aku untuk rescue adalah Damn Small Linux dgn SystemRescueCD. Tapi hari ini kita hadkan perbincangan kepada SystemRescueCD bagi mendapatkan lebih input.

Sysrescuecd merupakan sebuah distro GNU/Linux yang disasarkan khas kepada para pengguna yang memerlukan tools untuk melakukan tugas2 penyelenggaraan dan recovery PC.

Systemrescuecd merupakan distro GNU/Linux yang menggunakan konsep LiveCD untuk dilarikan dan bersaiz lebih kurang 250mb.

Ringkasan features Systemrescuecd :
Network Autodetection
WiFi-Support
QtParted – Partition Magic Clone
Windows File Sharing
OpenSSH server/client
FTP server/client
ClamAV Antivirus
ms-sys – Utility boot record Windows
lilo/grub – memulihkan bootloader Linux
links/lynx – Console-based webbrowser

Klik sini untuk mendapatkan pekej perisian lengkap.

Pengendalian SystemrescueCD sangat intuitif dan mudah. Walaupun bagi pendapat aku SystemrescueCD masih kurang elemen user-friendly macam Damn Small Linux, tapi SystemRescueCD jelas dapat compensate dengan adanya built-in spelling corrector (Zsh shell) utk memudakan kerja2 baikpulih.

Setelah menguji pandu, didapati SystemRescueCD mempunyai keistimewaannya tersendiri dengan menggabungkan elemen-elemen penting semasa melakukan operasi baik-pulih kepada pc. Ini jelas dapat dilihat dgn keupayaan SystemRescueCD untuk mengesan perkakasan yang terdapat dalam PC serta kepelbagaian filesystem yang disokong oleh SystemRescueCD.

Walaubagaimanapun, SystemRescueCD tidak syorkan kepada pengguna yang tidak pernah menggunakan GNU/Linux. Ini disebabkan penggunaan asas SystemRescueCD ini sendirinya mengandaikan penggunanya pernah menggunakan GNU/Linux dan tahu sedikit sebanyak selok-belok sistem komputer.

Screenshot SystemRescueCD
Boot Screen :
Booting Process

QtParted – Partition Magic Clone :
Partition Magic Clone

You can order SystemRescueCD+some other stuff from me at RM 12 (inclusive of shipping), just drop me a mail for payment instructions. The money obtained from selling this cd will help me fund my linux hobby/project.

Alternatively, you can download SysteRescueCD iso at http://www.sysresccd.org/