Dilema Pelanggan Kecewa IV

Hari ini dalam Forum Utusan Malaysia, pihak TM Net Sdn Bhd telah memberikan maklum balas yang telah sekian lama dinanti-nantikan berkenaan perkhidmatan streamyx yang tidak memuaskan selama ini. Ini merupakan sambungan episod keempat dari trilogi “Dilema Pelanggan Kecewa” I, II dan III.

Persoalannya, adakah pihak TM mengakui kesilapannya masih melayan pelanggan seperti nombor? Adakah pihak TM akan membantu Pelanggan Kecewa Gombak?, Dapatkah Pelanggan Kecewa mendapat kelajuan internet yang memuaskan? Ayuh baca jawapannya di bawah ini :

Sumber : Forum Utusan Malaysia.

Komputer pelanggan punca masalah khidmat tidak memuaskan

MERUJUK kepada aduan bertajuk Kecewa Khidmat Internet Streamyx bertarikh 6 Mei 2005, berikut adalah penjelasan daripada pihak TM Net Sdn. Bhd.

Untuk makluman, TM Net telah pun membuat siasatan terperinci ke atas aduan tersebut dan mendapati bahawa pakej Tmnet Streamyx berharga RM99 yang dilanggani oleh pengadu adalah untuk akses Internet Broadband berkelajuan 1 Mbps pada kadar maksimum dan bukannya pada kelajuan 1 GATE seperti yang dijelaskan oleh pelanggan. Dengan erti kata lain, TM Net tidak pernah menawarkan sebarang pakej Tmnet Streamyx berkelajuan 10.00 Mbps atau 1 GATE pada harga RM99.

Siasatan terperinci juga telah dibuat ke atas ibu sawat dan premis pelanggan, dan mendapati bahawa masalah sebenar berpunca daripada perkakasan dan perisian komputer pelanggan. Ujian dan konfigurasi kelajuan akses perkhidmatan Tmnet Streamyx telah dilakukan dan hasilnya amat memuaskan.

Sehubungan itu, TM Net berharap pengadu boleh menghubungi talian perkhidmatan pelanggan kami di 1-300-88-9515 atau menghantar e-mel ke custcare@tm.net.my sekiranya terdapat sebarang masalah berhubung dengan produk dan perkhidmatan kami pada masa akan datang.

Pihak TM Net akan berusaha untuk membantu menyelesaikan masalah pelanggan dengan menghantar pegawai teknikal kami untuk memeriksa sambungan talian anda sekiranya perlu. – ZALINDA ZAINON, Pengurus Perhubungan awam, TM Net Sdn. Bhd.

Akhirnya, pihak TM Net Sdn Bhd telah memberikan jawapan mereka dalam forum utusan dan berjanji untuk berusaha membantu menyelesaikan masalah Pelanggan Kecewa… Tetapi apakah ini merupakan jawapan yang ditunggu-tunggu? sudah tentu tidak…., kita semua telah sekian maklum mengenai penjelasan pekej Streamyx 1 GATE tersebut. Tetapi bukan penjelasan ini yang kita mahukan, kita mahukan penjelasan yang menunjukkan pihak TM Net bertanggungjawab dan prihatin… Bak kata Pelanggan Kecewa :

sedangkan komputer saya menggunakan dua prosesor Xeon yang sangat laju dan memorinya sebanyak 2 GATE. – Pelanggan Kecewa Gombak, Selangor

Sekiranya pihak TM Net boleh melakukan ujian terhadap sistem sendiri dan boleh menghantar pegawai teknikal utk memeriksa sambungan, mengapa tidak lakukan kepada pelanggan kecewa sekarang? Periksalah komputernya, buatlah satu dialer streamyx utknya, ujilah kelajuan internetnya sendiri face-to-face dirumah, dan berikan penerangan secukupnya kepada Pelanggan Kecewa mengenai cara memeriksa kelajuan internet dan sebagainya. Dan bukan sebaliknya, membuat tafsiran tanpa memeriksa komputer Pelanggan Kecewa….

Akhir kata…

Komputer Dual Processor Intel Xeon laju wooo…. – tidak mahu namanya disiarkan

One Reply to “Dilema Pelanggan Kecewa IV”

Comments are closed.